Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Donut Gebu Manis Dimulut , Menu Minum Petang Anda.

Donut merupakan makanan berbentuk bulat yang hasilnya dari doh. Kebanyakan donut boleh didapati dalam pelbagai jenis, antara yang biasa dilihat ialah donut seperti gelang atau cincin, dan donut yang berinti yang dimasukkan kastard, krim dan jem, serta lain-lain manisan (dalam bentuk cecair dan krim).

Waktu pemakanan dan penyedian kuih ini sering dilakukan pada waktu pagi hingga ke petang. Pemakanan kuih ini lebih bercirikan snek dan manisan. Untunk menghasilkan donut yang gebu dan lembut bukannya mudah, ianya perlu sekata dari semua bahan. Disini Resepikini.com kongsikan caranya.

 

Bahan-bahan Diperlukan:

  • 1 KG tepung gandum
  • 2 cawan majerin
  • 2 camca gula
  • 1/2 paket mauripan
  • Air panas

 

 

Cara Cara :

  1. Cairkan mauripan bersama air panas
  2. Cairkan majerin
  3. Masukkan ke dalam tepung
  4. Uli sehingga adunan tidak lekat ditangan
  5. Perap selama 2jam
  6. Apabila doh agak kembang uli sekali lagi
  7. Kemudian bentukkan menjadi donut
  8. Panaskan minyak kedalam kuali
  9. Goreng donut hingga masak
  10. Toskan minyak
  11. Siap untuk dihidang

SELAMAT MENCUBA 🙂