Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Gulai Daging Pasti Sedap. Untuk Dinikmati Bila Bila Sahaja. Mari Cuba.

Menjelang hari raya yang bakal tiba, sudah semestinya gulai daging menjadi pilihan utama untuk dihidang bersama lemang dan ketupat. Untuk membuat gulai daging yang sedap. Anda boleh mengikuti resepi di bawah.

Bahan-Bahan

  • 1 kg Daging (campur bahagian lemak, organ dalaman, tulang rusuk dll)
  • 4 ulas bawang merah (hiris)
  • Santan
  • Garam dan gula
  • Gula melaka
  • Asam jawa secukupnya

Bahan menumis

  • 8 bawang merah (hiris)
  • 4 ulas bawan putih (hiris)
  • 1 inci halia (hiris)
  • 2 – 3 sudu besar rempah gulai kawah
  • Kayu manis, bunga lawang, pelaga secukupnya.

 

Cara Penyediaan

  • Penyediaan bahan penumis:
  1. Panaskan sedikit minyak
  2. masukkan rempah penumis iaitu kayu manis, bunga lawang, pelaga dan tumis bawang dan halia yang dihiris sehingga wangi.
  3. Masukkan rempah yang dibancuh dg sedikit air.
  4. Goreng lama lama sehingga betul betul garing dengan api perlahan. Ketepikan.
  5. Biasanya kalau untuk majlis kenduri, rempah akan ditumis malam sebelumnya bagi mempercepatkan kerja memasak keesokannya kerana proses menumis rempah memakan masa yang lama.
  • Penyediaan gulai:
  1. Masukkan daging dalam periuk dan masak dengan sedikit air sehingga air agak kering dan daging agak empuk.
  2. Masukkan rempah gulai yang sudah ditumis dan digaul rata.
  3. Biarkan sehingga mesra. Masukkan bawang yang dihiris.
  4. Tuangkan santan. Masak lagi sehingga santan menggelegak.
  5. Masukkan gula melaka, air asam jawa, gula dan garam.
  6. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat.