Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Halwa Cermai Mudah , Cepat Dan Sedap !

Halwa cermai dihasilkan daripada buah cermai . Setengah masyarakat tidak gemar memakan buah yang begitu masam kerana buah yang masam mudah untuk memudaratkan diri masyarakat itu sendiri .Malah, buah cermai amat sinonim dengan masyarakat kini dan terdahulu. Oleh sebab itu , sejak dulu lagi terciptalah satu jenis makanan traditional yang menggunakan buah cermai itu yang diberi nama “Halwa Cermai’ kerana halwa cermai rasanya lebih manis . Malah bertentang dari rasa cermai yang sebenar .

 

Bahan-bahan Diperlukan:

  • Buah cermai sebesen
  • 1kg gula
  • Air panas 2 cawan
  • Sedikit pati sirap ros(pewarna)
  • 3 sudu besar gula batu

Cara Cara :

  1. 1kg gula dimasak di dalam kuali sehingga menjadi karamel
  2. Masukkan 2 cawan air panas dan gula batu kedalam karamel tadi
  3. Masukkan buah cermai kedalam kuali
  4. Masak dengan api sederhana sehingga air kering dan sebati dengan buah cermai
  5. Tapis halwa cermai dengan penapis sehingga halwa kering..
  6. Jemur seketika halwa cermai untuk memastikan halwa tahan lama

SELAMAT MENCUBA 🙂