Sebut saja hati lembu pasti terbayang hati lembu goreng saja kan ? Jangan tak tahu, hati lembu juga boleh dipelbagaikan dengan pelbagai jenis masakan. Contohnya hati lembu masak merah, hati lembu masak kicap dan yang paling istimewa adalah hati lembu masak pengantin. Dengar nama sahaja pasti ramai tertanya-tanya bagaimana masakan itu. Disini Resepikini.com kongsikan cara-caranya.
Bahan-bahan Diperlukan :
- 500 gram hati lembu
(basuh 3 or 4 kali, selawat, masuk tepung biar sekejap pastu basuh balik insyaallah takda bau) - 3 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih & 1 inci halia (blend)
- 4 sekawan
- 1 sudu cili kisar (optional)
- 1 sudu serbuk lada hitam
- 1 sudu sos tiram
- 1 sudu kicap manis
- 1 sudu garam masala (optional)
- Garam/serbuk perasa
- Sedikit air
- Kacang buncis (optional)
Bahan hiasan
- Cili merah & daun bwg
- Bawang besar potong bulat
Cara Cara :
- Garam kunyitkan hati lembu yang telah dibasuh.
- Panaskn minyak & goreng sekejap, angkat toskan.
- Tumis bahan blend bersama 4 sekawan, masuk cili kisar, masak sekejap smpai pecah myk.
- Kemudian masukkan sos tiram, kicap, serbuk lada hitam & garam masala masak sekejap masukkan air & hati lembu.
- Kemudian masukkan kacang buncis dengan bawang potong bulat.
- Tunggu masak angkat & tabur bahan hiasan.
SELAMAT MENCUBA 🙂
Leave a Reply