Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Ikan Cencaru Sumbat Kelapa. Tak Perlu Yang Lain Cukup Dengan Nasi Putih

Para peminat ikan cencaru sumbat mesti suka resepi ikan cencaru sumbat kelapa. Kalau biasanya orang membuat ikan cencaru sumbat sambal, pada resepi ini pula resepikini.com akan mengongsikan resepi ikan cencaru sumbat kelapa.

Rasa cencaru sumbat sambal dan sumbat kelapa tentunya berbeza. Ikan cencaru sumbat ini boleh dibakar mahupun digoreng. Makan bersama nasi untuk makan tengah hari. Memang sedap sangat.

Bahan-bahan Diperlukan:

  • Ikan Cencaru
  • Kelapa Parut
  • Biji Ketumbar
  • Jintan Putih
  • Jintan Manis
  • Bawang Merah
  • Garam
  • Cili Padi
  • Kunyit

 

Cara Cara :

  1. Sediakan Bahan , ikan , kelapa parut , bawang merah, jintan manis, jintan putih , biji ketumbar , kunyit garam dan cili padi.
  2. Tumbuk biji ketumbar, jintan manis dan jintan putih dahulu sehingga lumat.
  3. Masukkan kelapa sedikit demi sedikit bersama kunyit
  4. Apabila sudah rata masukkan gula dan garam dan gaulkan sehingga rata
  5. Setelah garam kunyit rata masukkan pula hirisan cili padi
  6. Lumurkan garam dan kunyit di bahagian luar ikn
  7. Apabila sudah dimasukkan inti ke dalam ikan , anda bolehlah ikat ikan tersebut menggunakan daun pandan agar intinya tidak keluar semasa proses menggoreng / bakar
  8. Goreng/ Bakar ikan tersebut. Siap

SELAMAT MENCUBA 🙂