Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Ikan Masin Masak Lada Putih. Resepi Ala Kampung Ini Boleh Membuatkan Anda Untuk Tambah Nasi 2-3 Pinggan!

Setiap hari menu masakan  ayam, daging & ikan sahaja sudah tentunya anda akan berasa jemu bukan? Kalini mari kita mencuba masakan Ikan Masin pula. Tak perlu menu lain cukup hanya nasi putih, Ikan Masin masak lada putih dan sambal belacan cukup membuatkan anda untuk tambah nasi 2-3 pinggan. Jom kita lihat bahan-bahannya.

Bahan-Bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang akan digunakan untuk resepi ini.

  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Bawang Holland
  • Cili
  • Ikan Masin ( Ikut suka apa jenis, di potong kecil & di goreng )
  • Lada Putih ( Ikut suka tahap kepedasan)
  • Air Asam Jawa
  • Garam,Gula, Ajinomoto

 

Cara-Cara Memasak :

  1. Goreng ikan masin terlebih dahulu ( kegaringan ikan tu ikut citarasa masig-masing)
  2. Tumis Bawang merah dan bawang putih hingga garing dan naik wangi.
  3. Masukkan lada putih yang telah dihiris tadi
  4. Seterusnya, masukkan ikan masin yang telah digoreng tadi
  5. Masukkan bawang besar. Tumis dan gaulkan bersama. Tumis sampai warna coklat kecoklatan semua bahan-bahan tadi, time ni boleh sudah tambah perasa seperti garam ajinomoto dan gula. Saya lebihkan gula untuk seimbangkan rasa masin dari ikan masin.
  6. Masukkan sedikit air asam jawa ( option lain boleh lah Masukkan tomato ( ikut suka lah).
  7. Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati dan siap untuk dihidangkan.