Antara kek yang menjadi pilihan seisi keluarga ialah japanese cheesecake. Tak perlu nak digandingkan dengan
topping yang pelbagai sangat ,cukup dibakar kosong camtu dan cukup sedap dah. Dengan rasa cheese yang cukup ,
ditambah pula dengan penggunaan pure butter, memang terbaik sungguh rasanya. Mari kita cuba belajar cara membuat Japanese Cheesecake ini.
Bahan-bahan Diperlukan:
- 250g cream cheese
- 50g butter atau takda pakai majerin
- 50g gula kastor
- 80g susu segar/ susu cair
- 5 biji kuning telur
- 50g tepung kek (kalau takda tepung gandum ayak tambah 1sk baking powder)
- 20g tepung jagung( kalau takda takpayah bagi lagi soft saja kek tu tapi tepung self rising tadi jadi 70g ye)
- 1sk esen vanila(boleh jugak pakai perahan lemon)
Bahan B:
- 5 biji putih telur
- 50g gula kastor
- 1sk cream off tartar(kalau takda ganti dengan 1sk perahan lemon)
#oven panas kan kejap oven 170 darjah
Cara Menyediakan dan Memasak:
- Cairkan cream cheese +butter menggunakan double boiler.
- Masa panas tu masuk gula dan susu segar dalam adunan yg dicairkan tadi tu.Kacau dan mix kan bg sebati.
- Alihkan adunan dan kacau-kacau untuk turunkan suhu sampai suam…
- Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji dan kacau sebati dan tambah esen vanila atau perahan lemon tadi.
- Masukkan tepung dan tepung jagung. Kacau sebati.
- Pukul putih telur dan cream off tartar td dan masukkan gula sedikit demi sedikit sampai soft peak.
- Masukkan putih telur ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
- Tuang adunan dalam loyang. Bakar secara water bath suhu ke 150C dan bakar selama 60-70 minit.
Leave a Reply