Mangga merupakan buah buahan tempatan .Manakala , jeruk merupakan satu makanan yang diawet dan juga dianggap makanan kuno sejak dulu lagi. Penghasilan makanan jeruk ini sangat sinonim dengan sayur dan buah-buahan yang diambil sebagai salah satu pencuci mulut dan hidangan makanan.
Kajian telah berkata makanan seperti jeruk ini sangat bagus kerana jeruk ini merupakan makanan yang bebas lemak dan rendah kalori, malangnya ia juga rendah kandungan nutrien kecuali garam.
Bahan-bahan Diperlukan:
- 2 biji mangga
- 1 sudu teh kapur makan
- Air gula (lebih kurang 1 cawan gula + 2 @3 cawan air)
- Asam boi
- Cili padi (ikut suka nak pedas mana)
Cara-caranya
- Mula-mula basuh dan buang kulit mangga macam biasa.
- Hiris panjang-panjang tapi jangan nipis sangat sebab nanti tak rangup pula.
- Seterusnya kita rendamkan mangga dengan air yang dibancuh dengan 1 sudu teh kapur makan. Biarkan 1 jam.
(Tujuan merendam dengan air kapur ni untuk bagi mangga tu rangup) - Kalau yang tak ada kapur dekat rumah boleh gantikan dengan garam kasar segenggam atau cuka.
- Kemudian kita bancuh air gula dan tunggu sejuk. Bila dah sejuk baru tuang ke dalam balang bersama asam boi dan cili.
- Simpan dalam peti ais semalaman baru sedap makan sejuk-sejuk. Bahan-bahan tadi pun dah bersatu dan lagi kaww rasa jeruk mangga tu.
Leave a Reply