Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Kalau Nak Diet, Jangan Makan Singgang Daging Kelantan Style Ini. Resepi Tambah Nasi Berpinggan-Pinggan

Kalau Nak Diet, Jangan Makan Sin

Kalau fikir nak diet bulan puasa ni, jauhilah diri anda daripada masakan ini. Sebabnya kalau sepinggan nasi memang tak cukup. Sekali tambah akan jadi bertambah-tambah. Habis makan nasi, hirup kuah pula. Nak tahu tak cara buat singgang daging ni?

Ini resepi singgang daging Kelantan style.

Kalau Nak Diet, Jangan Makan Singgang Daging Kelantan Style Ini. Resepi Tambah Nasi Berpinggan-Pinggan

Resepi Singgang Daging Kelantan Style

Bahan-Bahan

  • 1/2 kg daging – hiris/potong kecik *
  • 1½ inci lengkuas – ketuk *
  • 1 inci halia- hiris memanjang, kecil-kecil*
  • 2 sudu besar ketumbar – tumbuk kasar *
  • 3 ulas bawang putih – mayang *
  • 4 ulas bawang merah-mayang*
  • 3 tangkai lada kering -tumbuk bersama ketumbar (tidak lumat) *
  • 3 keping asam keping
  • Garam dan gula
  • Serbuk perasa dan budu ( jika suka)
  • Air

singgang dgg

singgang dgg 2

Cara Penyediaan

  • Semua bahan bertanda * tu masukkan dalam periuk dan gaul bersama daging tanpa air.
  • Rebus bersama daging tanpa air sekejap (mati awas). Rahsia kesedapan singgang sebab rasa bahan-bahan masuk ke dalam daging.
  • Masukkan air.
  • Biarkan sehingga daging empuk.
  • Masukkan garam dan asam keping.Masak lagi sehingga betul-betul empuk.
  • Boleh letak serbuk perasa dan budu.
  • Lepas tu tutup api. Boleh dihidangkan.
  • Tambah cili api (lada burung) untuk lebih pedas.
  • Garam dan asam tidak dimasukkan awal untuk elak daging jadi liat.

dgg singgang

Siap untuk dihidang.

Makan dengan nasi panas tau. Konpem, tersandar wehhh!!