Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Kangkung Goreng Belacan , Padu Dan Terbaik Di Abad Ini !

Kangkung goreng belacan ialah kombinasi antara sayur kangkung dan belacan . Kangkung goreng belacan ini juga terkenal di asia . Tambahan pula harga kangkung yang mampu milik sesuai oleh semua lapisan masyarakat .Tidak lupa juga Kangkung goreng belacan ini sedap di makan dengan nasi yang sedang panas ditambah lagi bersama ikan kering sudah akan menjadi berpinggan pinggan nasi untuk dijadikan santapan .

 

Bahan-bahan Diperlukan:

    • 2 ikat sayur kangkung kampung
    • Sedikit petai
    • 1/2 tangkai cili merah
    • Garam
    • 3-4 ulas bawang merah (ditumbuk kasar)
    • 3 ulas bawang putih(ditumbuk kasar)
    • 8 tangkai cili api merah & hijau (ditumbuk kasar)
    • Sedikit belacan(ditumbuk kasar)
    • Sejemput ikan bilis (ditumbuk kasar)

Cara Cara :

  1. Panaskan minyak
  2. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
  3. Masukkan petai dan kacau rata.
  4. Masukkan kangkung dan kacau rata.
  5. Masukkan sedikit air sekadar untuk melembutkan sayur kangkung.
  6. Akhir sekali masukkan garam dan cili merah hiris kacau rata.
  7. Bolehlah tutup api kerana tidak mahu sayur terlebih masak.