Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Karipap Inti Samosa Boleh Terus Dimakan Dan Juga Dibuat Frozen. Garenti Sedap.

Ramai yang nak kan resepi inti samosa ini. kalau nak sedap rempah kari kena letak lebih. Jangan kedekut2 tau. kalau sedap boleh buat frozen, Boleh jual. Bukan sahaja boleh jual, kita juga boleh simpan dan bila bila sahaja boleh goreng. Jom cubaaa, resepi best ni.

 

Bahan-bahan Diperlukan:

  • Kulit Popia
  • Gam Tepung
  • Minyak Masak
  • Kentang/keledek kuning
  • Ayam/ Daging Cincang
  • Bawang Putih
  • Bawang Kecil
  • Serbuk Kari
  • Daun sup
  • Daun kari
  • Garam,perasa,gula Secukup Rasa
  • Air Secukupnya

Cara Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang yang telah ditumbuk.
  2. Masukkan serbuk kari tumis sampai pecah minyak.
  3. Masukan ayam/daging yg dicincang dan kentang/keledek yang telah dipotong dadu.
  4. Masukkan air bagi elakkan kentang hangus.
  5. Masak sehingga kentang dan ayam/ daging menjadi lembut masuk kan daun kari dan daun sup.
  6. Ambil kulit popia, dan gulung inti menjadi samosa bentuk tiga segi.
  7.  Panaskan minyak masak, dan goreng sehingga garing.

Info: Inti samosa ni sama macam inti karipap. Cuma ditambah ayam atau daging cincang aje. So, kuantiti tak letak la, ikut suka la nak banyak mana 🙂

SELAMAT MENCUBA 🙂