Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Karipap Kentang Daging Yang Menjilat Jari, Rugi Tak Cuba.

Karipap Kentang Daging, ialah salah satu juadah yang amat lazat. Lagi lagi jika disediakan sendiri, pasti sahaja penuh intinya. Sekali gigit dah penuh di mulut dengan intinya ! Barulah puas hati. Kali ini, Resepikini.com bawakan resepi karipap kentang daging buat anda semua. Jadi, bolehlah anda hidangkan kepada keluarga anda. Pasti  mereka makan bertambah tambah. Tak cukup satulah ! Berikut adalah cara cara membuat karipap kentang daging.

Bahan-bahan Diperlukan:

Bahan Bahan Inti :

  • 4 biji kentang  (kupas dan potong dadu)
  • 2 biji keledek oren yang sederhana besar  (kupas dan potong dadu)
  • 1/2 cawan daging kisar
  • 1 peket rempah kari BABAS yang peket kecil anggaran 3 sudu besar
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 tangkai daun sup dan daun bawang  (di hiris)
  • 2 1/2 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar :

  • 3 sudu besar udang kering  (rendam lembut)
  • 1 labu bawang besar / 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 6 tangkai cili kering ~ di rendam lembut ( ini kalau nak rasa inti yang pedas )

Bahan Bahan Kulit Karipap :

  • 1 kg tepung
  • 1/2 cawan minyak
  • 2 sdb marjerin
  • 2 sdk garam halus
  • 2 sdb air kapur
  • Air sejuk

Cara Cara Memasak:

Cara Cara Membuat Inti :

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Campurkan bahan kisar bersama daun kari dan rempah kari hingga menjadi pes.
  3. Kemudian tumis bersama minyak yang telah di panaskan hingga garing dan harum.
  4. Masukkan daging dan masak hingga daging empuk.
  5. Masukkan kentang , keledek dan air dan masak hingga kentang dan keledek empuk.
  6. Perasakan dengan garam dan gula.
  7. Masak hingga kering.
  8. Angkat dan toskan minyaknya.

Cara Cara Membuat Kulit Karipap :

  1. Panaskan minyak masak bersama marjerin. Gaulkan didalam tepung menggunakan sudip.
  2. Larutkan garam halus bersama sejuk dan masukkan kedalam adunan.
  3. Masukkan air kapur dan gaul sehingga rata.
  4. Masukkan air sejuk dari peti ais sehingga menjadi doh.
  5. Rehatkan sebentar dan bolehlah mencanai.
  6. Masukkan inti dan goreng.
  7. Siap!

SELAMAT MENCUBA 🙂