Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Kebab Daging Simple ? Tak Sampai 10Minit Dah Siap !

Kebab yang juga dikenali sebagai Kabob atau Kabab merupakan hidangan daging masak, dan asal usulnya iaitu masakan Timur Tengah. Setiap kali sebut kebab pasti fikiran terus terbayang akan keenakan dagingnya dan  rasanya yang sangat sedap.Sebenarnya cara membuat kebab ini sangat mudah, Mari kita pelajari cara cara membuat kebab.

Bahan-bahan Diperlukan:

  • 3 keping roti pita
  • 3 keping daging burger Ramly (dipotong-potong)
  • 1/2 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • 1 biji bawang (dipotong dadu)
  • 1/2 biji timun(dipotong dadu)
  • 1/2 biji tomato( dipotong dadu)
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu besar magerin (untuk tumis)
  • sos cili
  • mayonis

 

 

 

Cara Cara :

  1. Panaskan minyak menggunakan magerin
  2. Tumiskan bawang
  3. Masukkan daging burger (masak sehingga agak garing)
  4. Masukkan sayur dan letak serbuk kari ( kacau sehingga sebati)
  5. Masukkan sos cili dan garam
  6. Setelah masak, angkat dan boleh tambah cili dan mayonis ke dalam inti kebab
  7. Panaskan roti pita atas kuali
  8. Potong roti pita untuk jadikan 2 bahagian
  9. Akhir sekali, sapu bahagian dalam roti pita dengan mayonis dan masukkan inti sebanyak mana anda mahu

SELAMAT MENCUBA 🙂