Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Kek Batik Empire. Menu Sajian Ala Hotel Mewah

Kek Batik Empire. Menu Sajian Ala Hotel Mewah

Sebut kek batik pasti akan terbayang kemanisan coklat dan kelembutan biskut marienya kan. Kek batik ini merupakan menu yang tidak pernah lapuk dek zaman. Kanak-kanak mahupun orang dewasa pasti menggemarinya. Selalu buat kek batik lagend saja kan, apa kata kita cuba kek batik Empire ini pula.

Dikhabarkan pemilik asal resepi ini adalah chef daripada Hotel Empire Brunei. Tak pasti betul ataupun tidak. Saya dapat pun daripada Internet, so tidak pasti siapakah empunya asal resipi ini. Walau siapa pun pencipta resepi ini, saya doakan semoga dia dan semua yang memanjangkan ilmu ini dimurahkan rezeki termasuk saya dan kawan kawan yang sudi share.

Bahan-bahan Diperlukan :

  • 200 gm mentega
  • 1/4 cawan gula halus
  • 4 biji telur gred B
  • 1/4 cawan serikaya
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan horlick
  • 150 gm biskut marie – dipatah 4
  • 1 sudu besar serbuk koko + 1 sudu besar coklat emulco
  • Pewarna hijau

Cara Cara :

  1. Pukul mentega dan gula dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil pukul hingga kembang.
  3. Masukkan serikaya, susu pekat manis dan esen vanilla, pukul lagi hingga sebati.
  4. Kemudian,masukkan pula tepung gandum, horlick dan gaul hingga rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dimasukkan <(serbuk koko+coklat emulco) + 1/2 biskut marie>yg telah dipatahkan dan satu bahagian lagi masukkan <pewarna hijau + 1/2 biskut marie>.
  6. Sapukan mentega pada dasar loyang/bekas acuan dan alaskan bekas acuan dengan kertas kek.
  7. Masukkan adunan berwarna hijau,ratakan keseluruh permukaan loyang. Goyang2 dan hentakkan loyang supaya adunan menjadi mampat.
  8. Panaskan air kukusan dan kukuskan menggunakan api sederhana hingga separuh masak.
  9. Kemudian,keluarkan adunan tersebut dan tuangkan adunan berwarna coklat tadi,ratakan dan goyang2,hentakkan sehingga mampat.
  10. Masukkan semula dalam periuk pengukus dan kukus lagi sehingga 1 jam atau sehingga masak.
    Sejukkan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA 🙂