Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Kek Buah Kukus Super Sedap. Wangi Dan Sangat Menyelerakan.

Kek buah kukus memang sangat disukai orang ramai kerana rasanya yang sedap dan juga memiliki aroma yang sangat wangi dan menyelerakan. Cara membuat kek buah sangat senang, tidak leceh dan tidak memakan masa. Bahan-bahan untuk membuatnya pun senang dijumpai. Mari kita lihat cara-caranya.

Bahan-bahan Diperlukan :

  • 250gm mentega
  • 320gm gula pasir
  • 60ml air panas
  • 500gm buah campur kering (mix fruits)
  • 3 biji telur gred A
  • 350gm tepung gandum
  • *1 sudu kecil cream of tartar
  • *2 sudu kecil soda bikarbonat
  • *1 sudu kecil serbuk buah pala/nutmeg (tak letak pun tak apa, tapi lagi sedap kalau letak)
  • *1 sudu kecil esen vanila
  • *1 sudu kecil sunquick

 

Cara Cara :

  1. Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Kemudian masukkan mentega. Kacau hingga cair.
  2. Kemudian masukkan buah campur. Kacau sebati dan sampai buah campur meletup kecil, biarkan mendidih.
  3. Padamkan api, masukkan sunquick tadi. Kacau sebati. Kemudian sejukkan seketika bancuhan tadi.
  4. Ayak bahan-bahan yang bertanda (*). Masukkan ke dalam adunan buah campur tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
  5. Dalam mangkuk lain, pukul telur dan esen vanilla sehingga kembang dan masukkan perlahan-lahan ke dalam adunan kek. Gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
  6. Alas loyang 7×7 dengan kertas baking. Sapukan mentega di sekeliling loyang dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.
  7. Tutup loyang dengan aluminium foil. Kukus selama 4-5 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan.
    Lagi lama kukus, lagi tahan lama kek buah moist. Potong kek bila betul-betul sejuk.

Lagi lama tempoh penyimpanan kek, lagi sedap rasanya. Tempoh ketahanan kek hampir 1 bulan jika simpan dalam peti sejuk. Jika simpan dalam suhu bilik, kek ini mampu bertahan selama 2 minggu. Untuk menikmatinya, keluarkan seketika kek buah dari peti sejuk kemudian potong macam biasa. Kek kekal moist dan sedap!

SELAMAT MENCUBA 🙂