Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Kerabu Kaki Ayam Marvelous Memang Terbaik. Jom Cuba.

Siapa suka makan kaki ayam ? Selalunya peminat kaki ayam sukakan sup kaki ayam. Dah lama nampak kawan2 menjamu selera dengan Kerabu Kaki Ayam di restoren2 pilihan mereka.  Macam biasa kalau bab2 makan kat luar ni memang payah sikit, kami sekeluarga mementingkan kebersihan ketika membuat. Kali ini Resepikini.com membawakan resipi yang berbeza iaitu kerabu kaki ayam marvelous yang memang terbaik untuk dicuba. Jom kita cuba.

Bahan-bahan Diperlukan :

  • Kaki ayam (rebus sampai lembut)
  • Bawang merah
  • Serai
  • Bunga kantan
  • Daun limau purut
  • Cili merah
  • Cili hijau
  • Tomato

( semua hiris nipis)

Cara Cara :

  1. Kaki ayam rebus sampai lembut.
  2. Kemudian gaul sekali semua bahan, lepastu perah asam limau.
  3. Masuk sikit kicap sotong (kalau suka)
  4. Gaul hingga sebati dengan kaki ayam.
  5. Nak lagi sedap campur dengan sweet thai chili sauce mae pranom (cukup rasa masam manis)
  6. Siap.

SELAMAT MENCUBA 🙂