Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Kerabu Maggie Thai Paling Awesome Dan Sedap Wehhh. Rugi Tak Cuba.

Perut lapar tapi memang malas nak keluar beli makanan, nak masak pun tak berapa rajin. Takkan nak makan mee segera lagi. Mesti bosankan ?  Resepi best yang kita boleh olah daripada mee segera ialah dengan membuat kerabu maggie, fuhh sebut ja dah kecur air liur, memang sedaplah. Mee segera juga adalah antara makanan ’emergency’ yang disukai ramai, tak kiralah oleh orang bujang ataupun pasangan yang dah berkahwin. Tunggu apa lagi jom cuba, berikut adalah resepinya.

Bahan-bahan Diperlukan :

  • 3 bungkus maggie thai (direbus)
  • 1 biji buah tomato
  • 1 biji bawang besar
  • 1batang celery
  • Daun ketumbar
  • Cili merah cili padi
  • Sos ikan
  • Limau nipis
  • Sotong, udang & fish cake (direbus)

Cara Cara :

  1. Rebus sotong, udang & fishcake (keluarkan)
  2. Masukkan rempah maggie.
  3. Rebus maggie (toskan)
  4. Potong buah tomato, celery, cili dan bawang.
  5. Gaul kan semua bahan diatas.
  6. Masukan sos ikan, limau nipis.
  7. Siap untuk di hidang.

SELAMAT MENCUBA 🙂