Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Kerabu Mangga Ulam – Ulaman Sangat Simple Hanya Menggunakan Apa Adanya Di rumah.

Berselera tak tengok kerabu? Kalau kat utara ni, kami paling berselera makan dengan kerabu ulam-ulaman dan lain-lain kerabu cara orang kampung ni. Selain kerabu ulam-ulaman, ada gak yang buat kerabu perut, kerabu kerang. Macam-macam jenis kerabu la. Yang pasti, sangat berbeza dengan kerabu mangga ulam ulaman memang best gila, bertambah  tambah kalau makan dengan nasi. Apakata anda semua pulak yang cuba, pasti tak rugi. Berikut adalah cara caranya.

Bahan-bahan Diperlukan :

  • Buah Mangga – di kupas kulit & cincang memanjang @ Rincik @ sagat
  • Ulam – Ulaman – potong halus
  • Bunga Kantan, Pucuk Mata Itik, pucuk serai kayu & daun kesum (apa apa yang ada kat rumah kita👍)
  • Bawang Merah – mayang halus
  • Cili padi – potong halus
  • Serai – potong halus
  • Perahan air limau nipis – secukupnya
  • Udang kering – disangai secukupnya
  • Gula, Garam secukup rasa
  • Serunding Kelapa – secukupnya

Cara Cara :

  1. Campurkan semua bahan, gaul sebati.
  2. Sesuai kan rasa ikut citarasa sendiri.
  3. Siap. (Resepi Simple, sedap)

SELAMAT MENCUBA 🙂