Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Kerang Masak Kam Heong. Ratah Pun Sedap.

Bagi peminat Seafood kerang merupakan hidangan wajib apabila sebut Seafood bukan?. Peminat Seafood pasti suka kerang yang besar – besar kan?  Kalau semua suka kerang besar-besar habis yang kecil sapa nak makan? Haaa, ini caranya untuk membuatkan kerang kecil sedap!
Disini saya kongsikan resepi Kerang Masak Kam Heong. Tak perlu kerang besar-besar, kerang sederhana dan kecil juga boleh.

 

Bahan-bahan Diperlukan:

  • 500 gram kerang (rebus sekejap je, kopek sebelah)
  • 5 ulas bawang putih-tumbuk
  • 5 ulas bawang merah-tumbuk
  • 2 tangkai daun kari
  • 8 biji cili padi, ketuk sikit (ikut suka banyak mana, nak pedas, letak lebih sikit)
  • 2 sudu besar udang kering (rendam sekejap dan tumbuk)
  • Minyak sedikit untuk menumis

Bahan kuah (bancuh semua bahan)

  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat (boleh ganti kicap biasa)
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Garam, air

Cara Menyediakan dan Memasak:

  1. .Panaskan minyak, tumis daun kari, cili padi, bwg merah dan bawang putih sampai naik bau.
  2. Kemudian masukkan udang kering yang ditumbuk halus. Kacau sebati.
  3. Masukkan bahan kuah (rempah kari, sos tiram dan kicap). Kacau rata.
  4. Dah sebati, masukkan kerang, masukkan air (jgn byk sgt air, cair sangat tak sedap).
  5. Perasakan dgn garam & gula. Siap.