Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Kerang Masak Pad Pet Versi Kampung.

Kulit kerang banyak dijumpai di pantai-pantai di seluruh dunia. Kulit kerang ini berbentuk seperti hati, bersimetri dan mempunyai tetulang di luar yang nyata. Kerang adalah sejenis haiwan bercengkerang yang boleh dimakan. Kerang juga boleh dimasak dengan pelbagai jenis resepi . Berikut Rasakini.com kongsikan cara memasak kerang masak padpet.

 

 

Bahan-bahan Diperlukan:

  • Kerang bulu
  • 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2inci kunyit hidup atau1 sudu besar serbuk kunyit
  • 5 batang serai
  • 10 biji cili padi hijau/ merah
  • 5 helai daun limau purut
  • 3 keping asam
  • 1 labu bawang besar
  • Gula
  • Garam

Cara Cara :

  1. Kisarkan bawang merah,bawang putih , kunyit, serai , cili padi .
  2. Panaskan minyak tumis kesemua bahan kisar sehingga pecah minyak
  3. Kemudian masukkan kerang bulu
  4. Masukkan gula dan garam
  5. Masukkan asam keping dan daun limau purut

SELAMAT MENCUBA 🙂