Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Kuah Rojak Pekat Likat Memikat, Rugi Tak Cuba.

Kuah rojak buah atau colek buah yang paling sedap adalah buatan sendiri di rumah tanpa bahan yang bukan-bukan lebih puas makan kerana boleh menjaga kebersihan selain dapat makan dengan lebih banyak dan dapat menjimatkan kos. Rugi kalau tak mencuba kerana resepi kuah rojak buah yang dikongsikan oleh Resepikini.com sangat sedap macam beli di kedai atau lebih kurang macam brand colek buah Mak Bee yang original tu. Jom cuba, berikut adalah resepinya.

Bahan-bahan Diperlukan :

  • Segenggam cili kering (dipotong, dibuang bijinya, dibasuh bersih dan direndam sekejap ngan air panas dalam 5 minit je pas tu toskan)
  • Belacan (guna belacan melaka dan guna separuh)
  • 1 cawan gula merah (bukan gula perang)
  • 3 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan kicap (kicap yang dok makan ngan nasi tu)
  • 5 sb sos cili
  • 3 sb tepung jagung (dibancuh dengan 1/2 cawan air)
  • 2 sb garam (boleh boh sikit2 kalau takut masin)
  • 2 sb bijan
  • Segenggam kacang tanah digoreng tanpa minyak dan diblande kasar

Cara Cara :

  1. cili + belacan + secawan air diblande sampai halus (masukkan dalam kuali)
  2. Gula merah dibancuh dengan secawan air dan ditapis (masukkan dalam kuali)
  3. Masukkan gula pasir.
  4. Masukkan kicap dan sos cili.
  5. Masak dulu semua bahan2 tadi sampai mendidih. Jaga2 sebab dia cepat meruap (kang melimpah banjir pulak) selalu kacau2 kuah tu yea.
  6. Bila kuah dah mendidih. Masukkan garam secukupnya, supaya balance rasa dia.
  7. Pastu masukkan air bancuhan tepung jagung tadi, kacau2 sebati.
  8. Time nih memang kene kacau selalu guna api slow yea.
  9. Masak sampai kuahnya agak pekat.
  10. Barulah masukkan 2sb bijan dan 2sb kacang tanah yang di blande, kacang blande yang lebih tu bila time nak makan, baru ditabur lagi atas rojak.
  11. Masak lagi sampai pekat hitam memikat.
  12. Siap sudahhhh.

SELAMAT MENCUBA 🙂