Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Kue Tiau Ladna Resepi Utara Turun Temurun “Pakat-Pakat Try Nahh” .

Kue tiau Ladna berasal dari negara jiran iaitu Thailand . Selain itu , kue tiau Ladna juga mendapat permintaan tinggi di negara jiran (Thailand) dan juga negara kita(Malaysia) . Oleh sebab itu, anda mestilah mencuba menu Kue tiau Ladna ini kerana sangat mudah dan ringkas . Manakala , bahan yang digunakan juga sudah pasti sedia ada di rumah anda .

 

Bahan-bahan Diperlukan:

  • 500g kue tiau
  • kicap manis secukupnya
  • 1 mangkuk udang
  • 2 ekor sotong
  • 1 ketul ayam bahagian dada
  • 4 ulas bawang putih (diketuk)
  • 5 bili cili padi (diketuk)
  • 1/2 batang lobak merah
  • Sayur sawi
  • Bunga kobis
  • 1 biji tomato(dipotong kepada 6 bahagian)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 ketul kiub ayam
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Minyak masak (untuk menumis)
  • Air secukupnya

 

 

 

Cara Cara :

  1. Rebus ayam dan hiris nipis.
  2. Bersihkan udang dan sotong.
  3. Buang kulit udang dan sotong potong membulat.
  4. Panaskan sedikit minyak.
  5. Gaul rata kue tiau bersama kicap dan masukkan ke dalam kuali.
  6. Kacau seketika, angkat dan ketepikan.
  7. Dalam kuali yang sama, panaskan lagi sekali minyak dan masukkan bawang putih bersama cili padi.
  8. Goreng sehingga naik bau.
  9. Masukkan sotong, udang dan isi ayam.
  10. Kacau sehingga sotong dan udang hampir masak.
  11. Masukkan karot dan batang sawi, kemudian diikuti daun sawi, bunga kobis dan tomato.
  12. Tuang air secukupnya dan masak sehingga mendidih.
  13. Masukkan kiub ayam, sos tiram dan bancuhan tepung jagung.
  14. Kacau sehingga kuah menjadi pekat.
  15. Tuang kuah ke atas kue tiau tadi