Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Kuey Teow Goreng Yang Menggunakan Bahan Bahan Sedia Ada Didapur. Mudah Dan Sedappppp.

Kuey Teow ada macam macam cara untuk dimasak, salahsatunya adalah Kuey Teow Goreng. Kuey Teow juga boleh dimasak dengan pelbagai cara. Contohnya, Kuey Teow Sup, Kuey Teow Lakna dan pelbagai lagi. Tetapi Kuey Teow Goreng lebih mudah kerana bahan bahannya sudah siap sedia di rumah. Mari kita cuba resepi Kuey Teow Goreng ni.

Bahan-bahan Diperlukan:

  • Kuey teow sebungkus
  • Bawang putih ditumbuk kasar.
  • Cili kisar
  • Sos tomato
  • Kicap mee
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Kerang siap direbus n dikopek
  • Tauge
  • Kucai
  • Garam perasa

Cara Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan cili kisar dan taughu sehingga masak.
  3. Kemudian masukkan semua bahan2 kecuali kuey teow dan tauge kucai.
  4. Kacau2 sehingga rasa semua ok, lebihkan sedikit garam sebab kuey teow ne tawar.
  5. Kemudian masukkan kuey teow dan kucai tauge.
  6. Kacau2 sehingga sebati semua. (kalau tak gelap boleh masukkan lagi kicap manis)
  7. Dah siap boleh la makan sama2 keluarga.

Tips: Tak nak bagi kuey teow melekat semasa goreng
(Nak kuey teow cantik kena asingkan kuey teow satu persatu semasa basuh)

SELAMAT MENCUBA 🙂