Kuih badak berendam, atau juga dipanggil sebagai sopang di Negeri Sembilan, adalah sejenis kuih tradisional
yang terkenal di Malaysia, terutamanya di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih badak berendam terdiri daripada adunan tepung beras yang digentel bulat dengan in kelapa bercampur nisan. Bahagian tepung ini dibuat tawar disebabkan ia mempunyai inti yang manis dan dimakan bersama santan kelapa untuk mewujudkan rasa lemak.Kuih badak berendam dimakan bersama dengan kuah santan kelapa. Sangat menyelerakan, jom cuba, Berikut adalah cara caranya.
Bahan-bahan Diperlukan :
Bahan-Bahan Inti :
- Kelapa parut muda
- Gula melaka
- Gula pasir
- Air
Bahan Kuah :
- Santan kara (1 atau 2 cawan)
- Air (1 cawan) – jika rasa terlalu pekat, boleh tambah air
- Tepung beras (3 sudu makan) – dibancuh dengan sedikit air
- Daun pandan (1 helai)
- Garam (secubit)
- Gula (sedikit) – jika suka
Bahan-Bahan Doh :
- Tepung pulut (2 cawan) + tepung gandum (3 sudu makan)
- Perahan air daun pandan/pewarna hijau
- Garam (sedikit)
Cara Cara :
Cara Penyediaan Inti :
- Masak gula melaka, gula pasir bersama air sehingga larut.
- Masukkan kelapa parut dan kacau atas api sehingga kering.
Cara Penyediaan Kuah :
- Masak santan, air, garam dan daun pandan sekejap.
- Masukkan tepung beras yang dibancuh tadi.
- Gula dan perasakan.
- Kacau sehingga kuah menjadi pekat.
Cara Penyediaan Doh :
- Campurkan garam dengan air pandan atau pewarna.
- Tuang sedikit demi sedikit dalam tepung sehingga menjadi doh. Setelah siap, boleh letak inti seperti
membuat kuih onde-onde. - Didihkan air masak juga seperti membuat kuih onde-onde.
- Setelah timbul, angkat dan toskan dan letakkan
dalam kuah santan tadi.
SELAMAT MENCUBA 🙂
Leave a Reply