Kuih batang buruk merupakan sejenis kuih tradisi yang popular di Malaysia. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum dicampur dengan tepung beras dan tepung kelapa yang diuli buat menjadi doh dan dibentuk membentuk silinder bulat berongga, dan disi dengan serbuk kacang hijau yang di goreng. Nama kuih batang buruk barangkali kerana dari rupanya yang berbentuk batang pokok namun diselitupi dengan serbuk kacang hijau menjadikannya seperti kayu buruk.
Bahan-bahan Diperlukan :
- 300gm tepung gandum
- 150gm tepung beras
- 1/2 biji santan kelapa
- 100gm tepung kacang hijau
- 120gm gula ising
- 2 biji telur
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
Cara Cara :
- Panaskan santan sehingga mendidih. Tutup api dan sejukkan seketika.
- Campurkan tepung kacang hijau bersama gula ising. Ketepikan.
- Gaulkan tepung gandum dan tepung beras bersama santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli hingga menjadi adunan yang sebati.
- Canai nipis adunan tadi dan potong mengikut saiz 2cm x 3cm. Gulung dan biarkan bahagian tengahnya berlubang.
- Potong kecil adunan yang digulung tadi dan goreng sehingga garing.
- Angkat dan toskan minyak. Isikan bahagian tengah tadi dengan campuan tepung kacang hijau dan gula ising. Ulang sehingga adunan habis.
- Sedia untuk dinikmati.
SELAMAT MENCUBA 🙂
Leave a Reply