Kuih abok-abok ni memang femes kalau bulan puasa. Sampai je kat gerai mungkin dah habis, tak sempat nak beli dan merasa. Balik dengan hampa kalau memang kuih abok-abok menjadi idaman untuk dinikmati hari itu. Jadi, jom kita buat sendiri.
Resepi Kuih Abok-Abok Sagu
Bahan-Bahan
- 2 1/2 cawan biji sagu hijau
- 2 cwn kelapa parut
- 2 sudu kecil garam atau secukup rasa
- Gula merah / nise tambah gula putih secukup rasa
- Daun pisang untuk bungkus buat macam kon
Cara Penyediaan
- Masukkan air dalam sagu..
- Biar 2-3 minit toskn. Biarkn 15 minit.
- Campurkan kelapa dan garam. Sebatikan dan masukkan sagu tadi dan gaul.
- Isi sikit sagu dalam kon.
- Letak campuran gula merah.
- Masukkan semula sagu dan letakkan gula merah sekali lagi dan tutup dengan sagu balik.
- Lipat atas kon, kemaskan dengan stapler atau cucuk dengan lidi.
- Didihkan kukusan (simpulkan 2 helai daun pandan dalam air kukusan)
- Kukus 30 minit
- Siap dan sedia untuk dimakan
Kuih abok-abok ini kalau bulan puasa memang dicari-cari kerana kesedapannya. Jadi, bila boleh buat sendiri, lebih berbaloi.
Selamat mencuba.
Leave a Reply