Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Kuih Lopes Tradisional Yang Sedap. Resepi Mudah Dan Ringkas

Pada zaman dulu takda santan yang di masak ketika proses menanak pulut utk kuih lopes. Sangat sedap dimakan. Lemaknya kuih kerana digaul dengan kelapa. Sederhana Manis dengan gula melaka serta berbau harum aromanya dengan daun pandan dan daun pisang. . Kalau di beli rasa tak sesedap kita buat sendiri. Mari kita lihat cara-caranya.

Bahan-bahan Diperlukan :

  • 2 cawan beras pulut
  • Beberapa titis pewarna hijau
  • ½ sudu kecil air kapur
  • 5 helai daun pandan
  • 2 cawan santan cair
  • ½ sudu kecil garam
  • Kelapa parut (gaul dengan garam)

 

Cara Cara :

  1. Beras pulut dicuci dan direndam bersama pewarna hijau serta air kapur
  2. Kisar daun pandan dengan ½ cawan air. Ambil jusnya. Ketepikan.
  3. Toskan beras pulut. Letak atas loyang. Masukkan santan, garam dan air pandan. Gaul sebati.
  4. Kukus hingga santan kering. Kacau rata supaya beras pulut masak rata. Sejukkan.
  5. Ambil daun pisang. Layurkan sekejap. Bungkus beras pulut dalam daun pisang ikut bentuk yang disukai.
  6. Susun dalam periuk pengukus dan kukus sekali lagi selama 15 minit.
  7. Keluarkan dan gaul dengan kelapa parut

SELAMAT MENCUBA 🙂