Resepi Kuih Nona Manis yg lembut, harum dan menarik rupa bentuknya. Bahagian luar yang hijau rasanya manis, dan dilengkapi bahagian dalam berwarna putih lemak masin rasanya. Kuih ni pernah viral satu ketika dulu ketika dulu. Memang sedap rasanya, tak cukup kalau makan sebiji je. Ada 3 bahagian dalam penyediaan kuih nona manis. Bahagian A dan B ialah untuk penyediaan lapisan luar atau yang berwarna hijau pandan. Bahagian C pulak ialah penyediaan filling putih di tengahnya. Memang sedap tak terkata, Berikut adalah resepinya.
Bahan-bahan Diperlukan :
Bahan A :
- 1 cawan santan pekat
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan santan cair
- 1/2 cawan air pati pandan
- 1/4 cawan tepung jagung
- Secubit garam
- Sedikit pewarna hijau
- 1/2 cawan gula ( if lepas dah bancuh semua ni still rasa tawar, sila tambah gula lagi bagi sukatan yang sedia ada saya rasa sudah terlalu manis )
Bahan B :
- 1 cawan santan
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1/2 sudu teh garam
Cara Cara :
Caranya (cara shortcut) A :
- satukan kesemua bahan, tapis and transfer ke pan.
- Kemudian api sederhana masak sehingga naik wap and pekat, mesti sentiasa kacau.
- Isi kan suku penuh dalam acuan yang telah di oles dengan sedikit minyak, ketepikan.
Caranya B :
- Satukan semua bahan kacau hingga sebati, tapiskan and transfer ke pan.
- Masak sehingga naik wap and pekat (bukan berketul ya) api perlahan ja.
- Setelah suam masukkan ke dalam pipping beg.
- Paipkan adunan putih ditengah2 adunan hijau sehingga penuh acuan.
- Kukus selama 10 minit. Sejukkan.
SELAMAT MENCUBA 🙂
Leave a Reply