Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Kuih Semperit Susu Hanya 4 Bahan, Memang Puas Hati.

Bulan Syawal  pon bakal menjengah tiba tak lama lagi. Pasti kaum-kaum ibu sudah mula berfikir tentang aneka kuih raya yang boleh dihasilkan untuk hari raya nanti. Malah kalau nak buat niaga, inilah masanya. Salah satu resipi biskut yang popular adalah Biskut Semperit Susu, memang ramai yang menggemarinya. Mudah sahaja hanya menggunakan bahan yang ringkas tapi rasanya sedap ! Anda kena cuba, sebab tersangatlah sedap. Berikut adalah resepinya.

Bahan-bahan Diperlukan :

  • 250 gram Mentega – suhu bilik
  • 230 gram susu pekat manis
  • 400 gram tepung jagung – tak perlu habiskan jika doh telah elok lembutnya
  • 2 sudu besar tepung kastad

Cara Cara :

  1. Satukan mentega dan susu pekat manis. Kacau sekadar bergaul sebati sahaja.
  2. Masukkan tepung jagung dan tepung kastad. Uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
  3. Doh yang lembut, akan memudahkan ditekan dari acuan. Jika doh masih lembik, tambah sedikit tepung jagung sambil menguli perlahan. Kelembutan doh bergantung kepada memtega yang digunakan.
  4. Masukkan doh ke dalam acuan dan tekan. Susun dalam loyang pembakar yang dilenser sedikit mentega atau guna baking paper.
  5. Hias dengan buah ceri. Biarkan seketika dalam 30 minit.
  6. Bakar pada suhu 160C selama 20-25 minit bergantung kepada oven masing masing.
  7. Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

SELAMAT MENCUBA 🙂