Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Kuih Seri Ayu Pelbagai Perasa Ikut Cita Rasa Anda.

Seri Ayu atau dikenali sebagai Puteri Ayu merupakan kuih tradisional yang diperbuat daripada pandan dan kelapa. Tekstur yang lembut dan gebu menjadikan kuih Puteri Ayu ini menjadi pilihan semua lapisan masyarakat walaupun ia sudah sejuk tetapi masih lembut dan sangat mnyelerakan. Sajian ini sesuai disajikan waktu pagi mahupun petang.

 

 

Bahan-bahan Diperlukan:

  • 1 1/2 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 1 camca besar ovellet
  • Perisa pandan dan pewarna hijau
  • Secubit soda bikarbonat
  • 1 cawan santan
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • Sebiji kelapa (untuk dihatikan kelapa parut)

 

 

 

Cara Cara :

  1. Pukul telur dengan gula sehingga kembang
  2. Masukkan ovellet pukul sehingga sebati
  3. Masukkan santan, perisa pandan pewarna hijau dan soda bikarbonat pukul hingga sebati
  4. Masukkan tepung pukul sehingga tiada ketulan
  5. Parutkan kelapa
  6. Kukus selama 10minit

SELAMAT MENCUBA 🙂