Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Kuih Tepung Gomak , Mochi Versi Kampung .

Kuih tepung gomak ini adalah sejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut dan mempunyai bentuk bulat gentel dengan inti kelapa manis. Di bahagian luar kuih ini dilumur dengan tepung pulut atau tepung kacang hijau bagi mengalakkannya daripada melekat sesama sendiri .Kuih ini jugak mirip makanan dari negara Jepun iaitu Mochi . Teksturnya yang sama tetapi inti dan adunan nya yang berbeza.

 

Bahan-bahan Diperlukan:

  • Tepung kacang hijau

Bahan doh:

  • 3 cawan tepung pulut
  • Sedikit garam
  • 2/3 cawan air

Bahan inti kelapa manis :

  • 1 biji kelapa parut
  • 1 biji gula melaka
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 sudu besar tepung gandum(dibancuh dengan sedikit air)
  • Daun pandan ( disimpul)

Cara Cara :

Cara cara membuat doh :

  1. Campurkan tepung pulut dan garam.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat di tangan .
  3. Pastikan adunan tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik

Cara cara membut inti kelapa manis :

  1. Masak gula melaka, 3/4 cawan gula pasir dengan sedikit air.
  2. Kemudian masukkan daun pandan (masak sehingga gula melaka hancur . Kemudian tapis)
  3. Masukkan kelapa parut (masak sebentar atas dapur )
  4. Agak agak sudah kering , masukkan bancuhan tepung gandum tadi. ( masak sehingga ia lembab lembab) kemudian sejukkan.
  5. Bulatkan inti tersebut menjadi bentuk bola

Cara membuat Kuih Tepung Gomak :

  1. Masukkan inti kelapa yang dibulatkan ke dalam adunan tepung dan bulatkan .
  2. Sementara itu panaskan air
  3. Rebus adunan yang telah siap dibulatkan sehingga terapung
  4. Angkat dan toskan
  5. Salutkan adunan yang siap di masak dengan tepung kacang hijau .

 

SELAMAT MENCUBA 🙂