Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Laksa Lemak Thailand Style Pasti Enakkk.

Laksa ada macam macam jenis. Salah satunya, yang mungkin tak ramai biasa buat ialah Laksa Lemak Thai. Laksa ini biasanya terkenal di daerah yang bersempadan dengan negara Thai. Di tempat lain rasanya memang agak susah untuk mencari laksa ini.

Kalau agak agak teringin atau mengidam tu apa kata cuba untuk buat sendiri laksa ini dapat makan satu keluarga, puas hati.

Bahan-Bahan

  • 1 paket laksa kering (jenis yang paling halus) /
  • laksa siam1 kg ikan kembung / selayang
  • 2 sudu cili giling
  • 2-3 tangkai daun pudina
  • 2-3 helai daun limau purut
  • 3-4 cawan santan (boleh guna santan kotak 200ml)
  • Air secukupnya
  • 10 biji cili padi merah*
  • 10 biji bawang merah*
  • 1 labu bawang putih*4 batang serai* (2 dikisar, 2 diketuk)
  • 2 inci lengkuas*
  • 2 inci halia*
  • 2 inci kunyit*
  • Belacan*

Nota: Bahan bertanda * untuk dikisar

      Bahan Ulaman

  • Daun pudina
  • Daun salad
  • Taugeh
  • Daun samak /pucuk janggus (kalau ada)
  • Timun

Cara Penyediaan

Ini pula cara nak membuatnya, memang senang sangat.

1. Rebus Ikan

Mula-mula, rebuskan 1 kg isi ikan kembung / selayang. Bila agak-agak dah masak, biarkan sejuk sedikit dan asingkan isinya daripada tulang.

Kalau tak nak kuah berwarna gelap / hitam, jangan ambil air tulang ikan ya. Nanti jenuh nak tambah serbuk kunyit bagi kuahya kuning.

2. Kisar Bahan Tumisan

Seterusnya, kisarkan bahan-bahan yang bertanda * dalam senarai bahan di atas. Lepas itu boleh panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan tumisan yang dikisar tadi bersama cili giling.

Kacau sampai naik bau. Pastikan cili giling betul-betul masak.

3. Masukkan Isi Ikan

Selepas itu, masukkan isi ikan yang telah dikisar awal tadi.

Kemudian masukkan serai yang diketuk. Teruskan kacau hingga sebati.

4. Masukkan Santan

Masukkan santan dan kacau sekejap. Lepas itu boleh masukkan air secukupnya. Agak-agaklah supaya kuah tak terlalu pekat atau terlalu cair.

Perasakan dengan garam dan gula.

5. Tambahkan Daun Pudina & Daun Limau Purut

Akhir sekali, untuk memberi aroma laksa yang lebih kaww, masukkan daun pudina dan dan limau purut.

Masak sampai mendidih sambil dikacau. Ingat, kena kacau selalu supaya kuah tak berketul-ketul. Tunggu hingga mendidih dan kemudian boleh tutup api.

6. Lengkapkan Hidangan Dengan Ulaman