Bukan orang utara lah kalau tak suka makan laksa. Kalau suka makan laksa, mesti pandai buat kan? Apa? Tak pandai ke? Senang je nak buatnya. Kan ada periuk noxxa kat rumah tu. Daripada biar dia berhabuk je, elok gunakan dia sekarang.
Jom kita buat laksa ekspres dengan periuk noxxa.
Resepi Laksa Ekspres Noxxa
Bahan Kuah Laksa
- 1 kg ikan kembung atau ikan selayang
- Segenggam asam keping
- 6 labu bawang besar
- 6 ulas bawang merah
- 1 mangkuk cili kering, direbus & dikisar
- 3-4 biji cili padi (sesuaikan ikut kepedasan yang kita mahu)
- 3 cm belacan
- 2 ikat daun kesum
- 2 batang bunga kantan dibelah dua
- Garam secukup rasa
Bahan Ulam Laksa
- 5-10 biji telur rebus (dibelah dua)
- 1 biji cili merah (dihiris)
- 1 labu bawang besar (dihiris)
- 5-6 biji cili padi (dihiris)
- 1 batang timun (dihiris memanjang)
- 5-6 biji limau nipis / kasturi (dibelah dua)
- 1 ikat daun selom (dihiris halus)
Cara Penyediaan
Laksa
- Laksa dibasuh, kemudian direbus 8 minit dengan menggunakan Noxxa PC.
- Masukkan laksa ke dalam innerpot, masukkan air separas laksa, masukkan 1sudu besar minyak masak, tutup periuk & setkan HP8.
- Dalam masa 8 minit je, siap. Kemudian keluarkan laksa dari innerpot, toskan dan ketepikan.
Kuah Laksa
- Ikan direbus. Setkan HP90.
- Setelah masak, masukkan ikan (kecuali kepala ikan) ke dalam blender tanpa perlu asingkan tulang. Kisar dan tuangkan ke dalam periuk.
- Kisarkan bawang merah, bawang besar dan cili padi. Bahan-bahan dikisar ini dicampurkan kepada ramuan ikan rebus tadi.
- Kemudian, panaskan periuk.Masukkan cili kisar dan belacan. Lalu masukkan asam keping. Masukkan daun kesum dan bunga kantan. Kacau perlahan2. Masak hingga mendidih.
- Siap. Sedia untuk dihidangkan.
Laksa dah siap.
Orang utara kalau makan laksa mesti ada kicap atau ‘toyu’. Jangan tanya kenapa. Sebabnya itulah keistimewaan laksa utara.
Mesti cuba. Belum cuba belum tahu.
Leave a Reply