Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Lampam Goreng Ranggup. Makan Dengan Nasi Panas-Panas Comfirm Bertambah.

Ikan lampam sungai atau nama saintifiknya Barbonymus schwanenfeldii memang merupakan spesies yang dikenali ramai di Malaysia. Juga dikenali sebagai tinfoil barb, spesies lampam merupakan ikan airtawar tropika yang berasal dari Asia Tenggara dan merupakan spesies ikan daripada keluarga Cyprinidae. Spesies ini pada asalnya dijelaskan oleh Pieter Bleeker dalam genera Barbus schwanenfeldii. Ikan lampam nii enak digoreng ranggup sahaja, jika dibuat masakan lain rasanya kurang ‘kick’.

Ikan lampam ini juga banyak tulang tulang kecil didalam isinya, dan tips untuk mengurangkan tulang ini  tarik ekor ikan lampam ni nanti nanti tulang-tulang kecil patah-patah.Kemudian gorengsampai garing,jika tidak garing tulang-tulangnya takkan krupkrap.

Bahan-bahan Diperlukan :

  • 2 ekor ikan Lampam
  • 2 sb kunyit serbuk
  • 1 sb garam

Bahan tabur (hiris)

  • 2 tangkai cili besar
  • 10 tangkai cili Melaka
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 1 keping asam gelugor kering

Cara Cara :

  1. Perap ikan dengan kunyit dan garam terlebih dahulu.
  2. Kemudian goreng dengan minyak yang banyak (deep fry) sehingga masak/garing. Angkat.
  3. Goreng semua bahan tabur dengan minyak yang secukupnya sehingga garing.
  4. Angkat dan tabut di atas ikan tadi. Siap!

SELAMAT MENCUBA 🙂