Maggi Tomyam merupakan salah satu makanan yang berasal dari negara jiran iaitu Thailand . Tomyam juga boleh dimakan bersama nasi atau jenis mi yang lain seperti , bihun, maggi ,kue tiau dan mi kuning . Tomyam juga boleh dimakan begitu sahaja tanpa menambah nasi atau jenis mi, sudah enak dengan kelebihan estrak tomyam paste itu sendiri . Tetapi , menu kali ini berbeza sedikit kerana menggunakan perencah maggi kari bagi menambah variasi rasa dalam masakkan tomyam tersebut .
Bahan-bahan Diperlukan:
- 1 bungkus maggi kari
- 2 1/2 cawan air
- 1 batang serai(diketuk)
- 2 ulas bawang putih(diketuk)
- 3 helai daun limau purut(koyakkan)
- 5 keping isi ayam segar
- 1 biji telur
- 2 sudu pes tomyam biasa
- 2 sudu sos tomato
- Sedikit sebuk lada
Cara Cara :
- Panaskan air dalam kuali masukkan mee maggi dan letakkan sedikit minyak
- Setelah mee maggi agak kembang toskan air
- Untuk kuah , panaskan air dalam kuali
- Bila air dah panas,masukkan bawang putih,lengkuas, tomyam paste dan kacau sehingga sebati
- Masukan isi ayam,perencah maggi kari,secubit gula, cuka makan,serai dan lada
- Bila dah mendidih , masukkan daun limau purut dan sos tomato.
- Kacau seketika, pecahkan telur ke dalam kuali
- Biarkan mendidih setengah minit
- setelah mendidih tutup api dan sedia untuk dimakan.
Leave a Reply