Walaupun sekadar maggie jika kena dengan cara masaknya kalah rasa maggie kat kedai tu. Melampau rasa sedap dia ni bukan calang calang punya masakan ni. Kena pandai ejas juga bahan yang membangkitkan rasa, baru sedap. Berikut adalah bahan dan cara caranya. Jom cubaaa.

Bahan-bahan Diperlukan:
- Maggie 1 paket perisa kari
- Bawang putih
- Bawang goreng
- Bawang besar
- Daun sup & bawang
- Carrot
- Cilipadi
- Buah tomato
- Asam limau
- Sos tomato
- Sos ikan
- Serbuk lada putih
- Isi ayam
- Telor
- Udang
- Sotong
Cara Cara Memasak:
- Ketuk & tumis bawang putih. (Guna 3 ulas bawang putih)
- Masukkan air. (Bab ni kena sesuaikan dengan kuah untuk 1 paket maggie)
- Bila air dah mula menggelegak masukkan separuh sahaja perencah maggi kari, sesudu besar sos ikan, 2 sudu sos cili & 4 sudu sos tomato. Kacau sebati.
- Kemudian masukan isi ayam udang dan sotong. Kacau lagi.
- Masukan carrot hirisan buah tomato cili yang diketuk & hirisan memanjang separuh biji bawang besar.
- Pecahkan telor sebiji. (Agak agak telor tu dah masak tutup api)
- Dalam mangkuk patahkan maggie kepada 2 bahagian.
- Kemudian tuang kuah maggie dalam mangkuk sampai maggie empuk.
- Tabur bawang goreng hirisan daun sup, daun bawang, perahan asam limau tabur sedikit serbuk lada putih, tabur baki perencah maggie tadi.
- Siappp !!! Kuah maggie masak cara ni memang terasa lebih sedap.
SELAMAT MENCUBA 🙂
Leave a Reply