Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Masak Lemak Manis Petola Putih. Garenti Sedap.

Kalau nak masak sayur-sayuran ni, kalau tak buat masak air, mestilah masak lemak putih jawabnya. Terdapat banyak je cara dalam masakan ni. Yang penting bahan yang diguna kan tu sesuai dengan masakan. Buatlah macam mana pun asalkan masak. Namun petola nii susah sikit caranya kerana kita kena bersihkan kulitnya betul-betul barulah masak dengan sempurna. Disini Resepikini.com kongsikan caranya.

Bahan-bahan Diperlukan:

  • 1/2 petola di potong
  • 1/2 lobak merah
  • 1/4 kubis
  • 1 mangkuk bunga kubis
  • 1 tangkai cili hijau besar hiris
  • 1 paket Fucuk direndam
  • 1 inci halia
  • 2 biji bawang putih hiris
  • 2 biji bawang merah hiris
  • 1 gengam ikan bilis
  • 1 sudu minyak zaitun
  • 1 kotak santan
  • 6 cawan air
  • 1 sudu garam
  • 1 secukup rasa
  • 1 sudu gula

 

Cara Cara Memasak:

  1. Tumiskan bawang,halia & ikan bilis
  2. Apabila sudah sedikit kuning, masukkan santan dan biarkan mendidih.
  3. Seterusnya masukkan lobak & bunga kubis biarkan lembut.
  4. Seterusnya masukkan air sehingga mendidih.
  5. Apabila sudah mendidih, masukkan kubis, petola & cili dan gaul rata.
  6. Akhir sekali, masukkan fucuk & bahan perasa. Siap & hidang.

SELAMAT MENCUBA 🙂