Masak lemak putih macam ni sesuai untuk semua jenis sayur seperti petola segi, pucuk paku, bayam,terung, kacang panjang dan lain lain lagi yg bersesuian. Sebenarnya banyak jenis masak lemak putih macam ni, ada yang suka letak lada hitam,ada yg letak lengkuas. Tetapi lagi sedap letak lengkuas dan isi ikan. Tumbuk sekali isi ikan dengan bawang dan lengkuas, hasilnya sangat sedap dan kuah pekat ala-ala kuah laksa atau laksam.
Bahan-bahan Diperlukan :
- 1 batang petola
- 1-2 tangkai cili hijau solok
- 1/2 tangkai cili merah
- 1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
- Garam – jika perlu
- 1 kotak santan kotak
Bahan Tumbuk:
- 1 ekor ikan rebus – ambik isi
- 1-2 ulas bawang merah
- 1/2 sudu besar lada hitam
Cara Cara :
- Masukkan santan ke dalam periuk bersama 1 1/2 kotak air atau secukupnya bergantung kepada kepekatan kuah yang disukai. Jerang di atas dapur sambil terus dikacau di atas api yang sederhana besarnya.
- Apabila hampir mendidih, masukkan bahan tumbuk dan kacau lagi sehingga ianya mendidih. Perlu dikacau supaya santan tidak berketul.
- Masukkan petola dan kacau rata. Bila agak separuh lembut, baru dimasukkan cili hijau dan cili merah.
- Tujuan saya memasukkan cili merah adalah untuk menambah warna pada masak lemak putih ini. Tidaklah putih dan hijau sahaja.
- Akhir sekali, masukkan Maggi Cukup Rasa
SELAMAT MENCUBA 🙂
Leave a Reply