Sebut sahaja Mcurry Oreo McD mesti sudah ada yang dapat membayangkan betapa enak akan rasanya. Teksturnya cukup lembut dan ditambah pula dengan kesedapan rasa dan kerangupan biskut oreo, menjadikan aiskrim Mcurry Oreo McD ini cukup istimewa. Namun jika dibeli di McD, pasti tidak puas makan kan? Apa kata kita cuba buat sendiri dirumah. Mudah saja caranya.
Bahan-bahan Diperlukan :
- 1 1/2 gelas susu cair
- 1/2 tin susu pekat (ikut kesukaan masing2)
- 1 sudu besar ovalette
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 paket biskut oreo
Cara Cara :
- Campurkan kesemua bahan kecuali biskut dan blend sampai gebu.
- Tuang ke dalam bekas. Masukkan biskut oreo yang telah dihancurkan dan gaul bagi sebati.
- Lebihan serbuk oreo tu tabur je atas aiskrim.
- Lepas tu masukkan ke dalam freezer. Tunggu sampai beku. Siap!
SELAMAT MENCUBA 🙂
Leave a Reply