Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Meatballs Thai Style. Sekali Cuba Pasti Nak Lagi

Kalau dalam peti sejuk ada daging, boleh cuba resipi meatball homemade ni. Memang sangat mudah dan
sedap macam yang puan-puan beli readymade tu. Nanti bolehlah guna untuk buat bakso atau meatball ala
restoran terkenal. Malah buat sendiri ni lebih bersih & jimat. Pasti puas hati.

Bahan-bahan Diperlukan :

  • 1 1/2 cawan Jagung Segar – dihiris @ Biji Jagung Frozen
  • 1 cawan Daging Cincang
  • 1 biji Telur
  • 1 sudu besar Akar Daun Ketumbar – dicincang halus
  • 3 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 2 sudu teh Lada Hitam – ditumbuk
  • 1 1/2 sudu besar Tepung
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula

Cara Cara :

  1. Tumbuk bersama bawang putih dan lada hitam.
  2. Hiris nipis jagung segar.
  3. Campurkan daging, jagung, tepung, bawang putih, lada hitam, akar ketumbar, telur, gula dan garam.
  4. Gaulkan sehingga sebati.
  5. Goreng dalam minyak panas (api sederhana) sehingga keemasan. Tus dan hidangkan dengan sos cili atau tomato.

SELAMAT MENCUBA 🙂