Mee goreng Basah merupakan makanan yg berasaskan dari mi kuning . Selalunya , kita akan buat mee goreng biasa bukan ? Tetapi dengan menu kali ini kita membuat kelainan dengan membuat mee goreng basah . Mee goreng basah jugak boleh dihidangkan tika siang mahupun malam . Mee goreng basah ini jugak boleh dimakan oleh pelbagai lapisan masyarakat mahupun berbeza budaya dan bangsa .
Bahan-bahan Diperlukan:
-
- 1 bungkus mi kuning (dibilas dan ditoskan untuk buang rasa kapur)
- 8-10 ekor sotong(dihiris saiz yang mudah dimakan )
- 1 paket fishball atau fishcake
- 1 ikat sawi
- 1 biji tomato ( dihiris 6 bahagian )
- 2 biji cili merah besar ( dihiris)
- 4 sudu makan cili kisar
- 5 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 sudu makan kicap pekat
- 5 sudu makan kicap manis
- 1 cawan air
- Sedikit minyak ( unutk menumis)
- 6-10 biji cili api (di kisar)
- 3 ulas bawang putih (dikisar)
- 1 biji bawang merah (dikisar)
Cara Cara :
- Panaskan kuali masukkan minyak
- Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau dan kekuninggan
- Masukkan cili kisar dan kacau sehingga pecah minyak
- Masukkan air,sos cili, sos tiram, sos ikan ,kicap pekat, kicap manis dan sotong .
- Kacau semua bahan sehingga sebati dan mendidih
- Masukkan mi kuning bersama sayur sawi , tomato dan cili yg telah dipotong.
- Apabila sayur mulai layu, itu menandakan mi sudah masakk .
- Tutup api dan hidangkan .
Leave a Reply