Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Mee Kari Simple Pasti Kaww. Sekali Cuba Pasti Nak Lagi.

Sebut sahaja resepi mee kari terbayang dalam kepala kuah kari yang sedang elok digandingkan bersama fishcake, fishball, isi ayam, telur rebus dan pelbagai jenis lauk lagi. Kali ini Resepikini.com nak bagi resepi mee kari istimewa khas untuk anda.

Bahan-bahan Diperlukan:

  • 4 bji bawang merah blend
  • 1 labu bawang putih blend
  • 2 pek serbuk kari daging (yang kecil)
  • 1 senduk cili giling
  • 1 pek 3sekawan (yang rm1 tu)
  • 2 kiub pati ayam maggi
  • Fishcake
  • Fishball
  • Tauhu kering
  • Isi ayam atau tulang2 ayam
  • 1 kotak santan 200ml
  • Gula & garam secukupnya
  • Air
  • Ikan bilis segenggam dan blend dengan sedikit air sampai hancur (rahsia penyedap mee kari)😊😊

Bahan Hiasan

  • Telur Rebus
  • Cili merah
  • Sawi
  • Taugeh
  • Limau kasturi

Cara Cara :

  1. Tumis bahan kisar, 3sekawan, cili kisar dan serbuk kari.
  2. Tumis sampai pecah minyak dan naik bau dan masukan ikan bilis yang dah di kisar tadi.
  3. Masukan batang sawi yang dah di potong (batang sahaja ok) daun dia jangan masuk sekali dalam kuah ni.
  4. Masukkan ayam, fishball, fishcake.
  5. Masukkan air dan santan secukupnya, kalau nak kuah pekat atau cair pandai2 la bajek air.
  6. Masukkan kiub pati ayam, garam dan gula secukupnya (kalau suka pak aji boleh masukan sedikit)
  7. Last sekali masukan tauhu kering, tunggu sampai mendidih.
  8. Siap…. (boleh la dihidang bersama bahan untuk hiasan tu)

SELAMAT MENCUBA 🙂