Kalau ada kawan-kawan ke Thailand, pasti ada gambar hidangan Miang Pla Pao ni yang dikongsi. Sajian ikan
yang dihidangkan bersama aneka ulam, salad dan laksa siam/bihun yang dicicah bersama sos hijau
istimewa. Kadang-kala ada juga yang hidang dengan aneka makanan laut panggang. Nampak sangat sedap
kan? Bagi yang nak rasa,anda boleh cuba resepi ini. Mudah sangat rupanya. Tak payah susah-susah ke Thailand dah. Boleh buat sendiri di rumah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan Diperlukan :
- 15 biji cili padi hijau – lebihkan jika nak pedas
- 3 ulas bawang putih
- 3-4 batang akar ketumbar
- 2 senduk sos ikan/ sos nampla/kicap sotong
- 1 senduk nisan kabung/gula kabung/gula
- Air secukupnya – agak-agak sahaja
- 3 sudu makan jus perahan limau nipis
- Daun ketumbar – hiris
BAHAN SAMPINGAN:
- Ikan siakap/tilapia atau apa-apa ikan yang sesuai – resipi guna ikan tilapia merah
- Laksa siam/bihun/suhun – dicelur
- Salad, timun, pudina dan daun selasih
Cara Cara :
- Panaskan minyak dan goreng ikan hingga masak. Ikan digoreng kosong sahaja supaya boleh naikkan rasa
sos. Jika nak lumur sedikit garam pada ikan pun boleh. Selain goreng, boleh juga dibakar. - Angakt ikan dan toskan minyaknya.
- Untuk sos, tumbuk cili hijau, bawang putih dan akar ketumbar hingga lumat. Boleh juga dikisar.
- Letak semua bahan dalam bekas ( kecuali daun ketumbar) termasuk bahan tumbuk tadi. Masukkan air
akhir sekali supaya mengikut kepekatan dan rasa yang anda suka. - Rasa sos. Jika tawar, tambah sedikit garam. Pastikan sos ini mempunyai rasa pedas dan manis.
- Akhir sekali, masukkan hirisan daun ketumbar secukupnya. Kacau rata.
- Untuk menikmati Miang Pla Pao, susun hirisan salad, timun, pudina, daun selasih dan ikan. Jadikan seakan
uncang dan nikmati bersama sos yang dibuat tadi.
SELAMAT MENCUBA 🙂
Leave a Reply