Jemu pulak tiap-tiap petang layan cekodok dan keropok goreng. Hari ni rasa macam nak try buat cheesekut leleh yang viral tu pula. Jimat sangat sebab guna 4 bahan ja. Buat pun cepat.
Apa bahan-bahannya tu?
Jom tengok sini.
Resepi Cheesekut Leleh 4 Bahan
Bahan-Bahan
- 1 paket biskut kering (apa-apa jenama pun boleh)
- 1/2 tin susu pekat
- 1/4 cawan susu segar
- 250g cream cheese Tatura
- Serbuk Milo sebagai topping (Optional, apa-apa bahan lain pun boleh)
Cara Penyediaan
- Kisar cream cheese, susu pekat dan susu segar. Kisar ketiga-tiga bahan ini sampai sebati. Kisarkan guna mixer pun boleh.
- Celupkan pula biskut kering tadi ke dalam susu segar. Sementara itu, buat lapisan nipis dengan cream cheese yang dikisar tadi.
- Susunkan biskut di atas lapisan cream cheese. Kemudian lapiskan balik dengan cream cheese. Susun pula biskut macam tadi.
- Ulangi langkah yang sama sampai cream cheese boleh tutup lapisan biskut paling atas.
- Seterusnya, taburkan serbuk Milo sebagai topping. Nak guna bahan lain pun boleh; contohnya Nestum, biskut Oreo, buah-buahan atau apa saja yang anda suka.
- Akhir sekali, simpan dalam peti sejuk semalaman dan selepas itu bolehlah dinikmati sebagai pencuci mulut.
- Siap dan sedia untuk dihidang.
Nota : Kalau jenis suka jenis ‘banjir’ dan ‘meleleh’, bolehlah lebihkan cream cheese pada cheesekut ini.
Lain-lain bahan pun boleh ditambah ikut kreativiti masing-masing. Mudah sangat dan gerenti menjadi.
Dah siap. Jom try dulu.
Selamat mencuba!
Leave a Reply