Bila tiba musim panas seperti ini, mulala otak pikir nak minum minuman sejuk. Habis semua resepi jus telah dicuba. Otak ni dah ligak cari kelainan menu, pikir punya pukir terlintas nak buat air cocktail buah. Air cocktail buah ni senang ja nak buat. Berukut adalah resepinya.
Bahan-bahan Diperlukan:
- 2 peket Jelly sumi
- 2 tin susu cair ideal
- 4 sudu besar susu pekat
- 1 tin buah peach (suka brand Hosen – sliced)
- 1 Bekas nata de coco
- 2 biji kuning telur
- 4 sudu besar tepung kastard
- 4 sudu esen vanilla
- 4 sudu besar gula pasir
Cara Cara:
- Buah-buahan asingkan dan masuk terus dalam bekas hidang.
- Satukan bahan2 cair (kuah dari tin peach, longan, mix fruit, nata de coco & susu cair) dalam periuk.
- Masukkan kuning telur & esen vanila
- Custard tu kacau dulu dengan air bagi dia sebati baru campur dalam periuk kalau tak nanti berketul2 dan burn kejadiannya (nak bagi kuah pekat sikit)
- Dah satukan semua baru on api perlahan je & masak kuah sampai sebati, tak perlu panas sangat.
- Sejuk je campurkan dalam mangkuk hidang yang dah siap dengan isi buah-buahan tadi
- Tambah 2 cawan air (jika tak suka manis sangat)
Note: saya tak letak ais siap2 sebab bila nak makan baru masukkan ais dalam mangkuk dan cedok cocktail ni.
SELAMAT MENCUBA 🙂
Leave a Reply