Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Muffin Pandan Air Fryer. Gebu & Sedap, Comfirm Jadi!

Muffin merupakan antara menu yang selalu ibu-ibu sediakan untuk family sebagai menu kudap-kudapan terutama buat anak-anak. Selain itu, jika tetamu tetiba datang menjelma bertandang ke rumah pun ibu-ibu tidak memerlukan masa yang lama untuk menyediakan muffin ini. Selain barang-barangnya yang ringkas, dengan adanya air fryer lagi cepat masa untuk membuatnya.Berikut merupakan resepi dan caranya.

Bahan-bahan Diperlukan :

  • 1 1/2 cawan susu segar
  • 1 cawan buttercup cair
  • 3/4 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1/4 sdk perasa pandan

Cara-cara:

  • Blendkan semua bahan-bahan di atas.

Bahan-bahan lain:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sdk baking powder
  • 1 sdk soda bikarbonat

Cara Cara :

  1. Satukan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat.
  2. Masukkan bahan yang diblend tadi. Kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan sedikit pewarna hijau.
  4. Masukkan adunan yang dikacau sebati ke dalam kertas cupcake, agak-agak dalam 3/4 penuh.
  5. Pre-heat air fryer pada suhu 150°C selama 3 minit.
  6. Kemudian masukkan adunan tadi ke dalam air fryer dan bakar selama 15 minit.
  7. Siap!

SELAMAT MENCUBA 🙂