Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Nangka Masak Lemak cili Api. Sekali Cuba Pasti Nak Lagi!

Nangka Masak Lemak cili Api. Sekali Cuba Pasti Nak Lagi!

Bila sebut saja Masak Lemak Cili Padi sudah pastinya anda akan terbayang ketam masak lemak cili api kan? Tapi kalini kita ubah sedikit selera untuk masak lemak cili api bersama Nangka. Ya nangka juga enak untuk dibuat masak lemak kerana dia mempunyai aroma tersendiri bila dimasak. Arghh saya sudah tidak sabar, Mari kita lihat bahan-bahan serta caranya:

Bahan-Bahan

  • 1 kg nangka muda, bersihkan, potong kecil, cuci dan rebuskan bersama sedikit garam
  • 3 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 batang serai – dititik
  • 1 helai daun kunyit – disiat
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula
  • 1 keping asam gelugor
  • Air secukupnya utk merebus nangka

Bahan Kisar

  • 1/2 cawan ikan bilis, buang kotoran dan cuci
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 10 tangkai cili padi
  • 1/2 sudu kecil lada hitam, tumbuk halus

 

Cara Penyediaan

  1. Rebus nangka muda bersama air dan sedikit garam sehingga empuk.
  2. Bila dah empuk, toskan airnya. Ketepikan dulu.
  3. Sementara itu masukkan bahan-bahan kisar kedalam periuk. Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih. Masukkan
  4. Masukkan santan cair dan masukkan nangka yg telah direbus tadi.
  5. Masukkan serai, daun kunyit, asam gelugor, garam, gula dan gaul rata.
  6. Masukkan santan pekat dan gaul rata. Masak hingga mendidih guna api sederhana.
  7. Rasakan, kalau dah cukup rasa tutupkan api dan bolehlah diangkat dan hidangkan.
  8. Sedap dimakan bersama sambal belacan, ikan goreng dan ikan masin.

Selamat Mencuba.