Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Nasi Goreng Kampung Mudah Dan Cepat, Memang Sedap Padulah.

Siapa ja yang tak suka nasi goreng kampung? Rasanya rata-rata orang pasti gemar akan nasi goreng kampung ini. Rasanya pedas pedas hasil lada dan ikan bilis ditumbuk pulak tu, memang menjilat jarilah. Makan pula dengan sambal belacan dan telur mata peghhh sedap wehhh. Kalau buat bekal ke tempat kerja pun elok sebab senang kan. Tips untuk dapatkan nasi goreng kampung simple dan sedap katanya, jangan blender bahan tapi tumbuk, tau. Gunakan lesung batu, baru best. Lagi terasa perencahnya. Resepikini.com telah memberi cara cara membuatnya, jom cuba.

Bahan-bahan Diperlukan:

  • 2 sudu besar ikan bilis
  • 6 biji cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  •  Dada ayam
  • ½ ikat kangkung
  •  1 sudu garam
  •  Nasi
  •  3 sudu besar ikan bilis goreng

Cara Cara Memasak:

    1. Blend ikan bilis, cili padi, bawang putih dan bawang besar.
    2. Tumis hingga wangi.
    3. Masukkan dada ayam dan kacau hingga masak.
    4. Masukkan kangkung dan kacau hingga masak.
    5. Masukkan garam dan kacau.
    6. Masukkan nasi dan gaul hingga rata.
    7. Masukkan ikan bilis goreng dan gaul.
    8. Siap untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBA 🙂