Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Nasi Goreng USA Menggunakan Sukatan Cawan !

Nasi goreng USA singkatan kepada Nasi goreng udang, sotong dan ayam. Penggunaan “USA” adalah merujuk kepada bahan yang digunakan iaitu udang, sotong dan ayam. Walaupun penggunaan istilah “USA”, makanan ini tidak mempunyai asal-usul dari negara USA . Walau bagaimanapun, ramai tukang masak yang menyalah tafsir USA itu sehingga memperkenalkan nasi goreng tersendiri iaitu nasi goreng, sedikit lauk (sama ada ayam, atau daging) dengan telur goreng.

 

Bahan-bahan Diperlukan:

  • 1 biji bawang kuning
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji lobak merah
  • 3 sudu besar cili boh
  • 1 cawan isi ayam
  • 1/2 cawan sotong
  • 1/2 cawan udang
  • 1 cawan sawi jepun
  • 3 cawan nasi putih
  • 1 sudu besar gula perang
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa

Cara Cara :

  1. Dalam kuali yang telah dipanaskan, masukkan 2 sudu besar minyak dan tumiskan 1 biji bawang holand dan 3 ulas bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan 1 biji lobak merah, 3 sudu besar cili boh, garam, gula perang dan lada hitam secukup rasa. Tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan 1 cawan isi ayam, 1/2 cawan sotong , 1/2 cawan udang ,1 cawan sawi jepun, dan 3 cawan nasi putih. Gaul sehingga rata.
  4. Goreng ayam sudahpun siap untuk dinikmati!

SELAMAT MENCUBA 🙂