Chanel Telegram Resepi Jom Join PERCUMA. Setiap Hari Terima Resepi Ke Henfon Anda

Nasi Kari Kambing Adabi. Hanya Menggunakan Adabi Tin Sahaja, Sungguh Menyelerakan.

Memang tidak boleh dinafikan, lauk kambing agak payah untuk disediakan. Tetapi dengan cara yang betul, hasilnya begitu menakjubkan! Dengan teknik yang betul, anda boleh hasilkan kari kambing yang menyelerakan dan daging yang begitu empuk dan sedap. Berikut merupakan resepinya.

Bahan-bahan Diperlukan :

  • 2 tin kari kambing adabi (6 orang makan)
  • 5 pot cawan sedang beras faiza kashmir basmathi
  • 2 biji bawang besar hiris | Hiris
  • 4 sekawan
  • 2 helai daun pandan
  • 2 sudu butter + 2sudu minyak masak
  • 1 biji tomato | potong dadu
  • 1 sudu kecil garam
  • Akar ketumbar
  • 1/2 tin susu cair

 

Cara Cara :

  1. Di cuci dan rendam beras selama 15 minit.
  2. Panas kan marjerin + minyak (kita tumis dlm kuali asing dlu )
  3. Tumis sampai wangi bawang besar, masak 4 sekawan, tomato dadu dan daun pandan
  4. Masukkan kari kambing gaul sebati
  5. Kemudian masukkan susu cair
  6. Masukkan akar ketumbar dan sedikit garam.
  7. Lepas tu curahkan atas beras dalam periuk nasi tu ya lepastu masak macam biasa. Masak nasi seperti biasa (sukatan seperti masak nasi biasa)
  8. Masa nak kering nanti boleh la jenguk dan gaul-gaul rata. Masa ni bau dia 1 rumah kemain sedap ooi.
  9. Dah masak nasi jgn lupa tabur kismis sama daun ketumbar.
  10. Siap dan boleh dihidangkan dengan apa-apa lauk yang anda suka.

SELAMAT MENCUBA 🙂